16:50 0

Isteri Adi Putra Tampil Beri kenyataan



Kontroversi skandal Adi Putra dengan isteri seorang ahli perniagaan terus hangat diperkatakan.

Antara orang yang paling susah hati dan terkena tempiasnya tentulah isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof.

Apatah lagi rumah tangga mereka pernah bergolak sebelum ini.

Menurut Aida, ramai mungkin telah mula berpandangan serong terhadap Adi Putra namun dia tidak mempercayainya kerana mengetahui perkara sebenar yang berlaku antara suaminya dan Nooraida.

Jom dengar apa kata isteri Adi Putra ini.

"Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.


Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan."

 

0 comments:

Post a Comment