15:24 0

Kanak-kanak Terjatuh Dalam Lubang Najis


Kasihan buat seorang kanak-kanak yang terjatuh di dalam lubang najis. 

Kanak-kanak malang ini dikatakan sedang berjalan seorang diri dan ingin ke tandas sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam lubang najis di Yanji, timur laut China. 

 Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya dan kemudian terdengar jeritan meminta tolong. 

Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat. 

 “Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. 

 Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba.

-sinar-

0 comments:

Post a Comment