Pelakon popular Beego dan Linda Hashim akan bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi selepas mendirikan rumah tangga lebih kurang tiga bulan yang lalu. Linda kini sudah disahkan mengandung dan usia kandungannya juga sudah mencecah tujuh minggu.
Menurut pelakon filem 'Tanda Putera' ini, dia sebenarnya baru sahaja
menyedari dirinya telah berbadan dua selepas sering tidak sihat dan
mengalami pelbagai simptom-simptom ibu mengandung. "Selepas kandungan
berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang
kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap,
bimbang keputusannya kelak mengecewakan.
"Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat
dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika
keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya
sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum
muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga
cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini," ujar Linda
yang dijangka akan bersalin penghujung April tahun hadapan.
-mediahiburan-
0 comments:
Post a Comment