Walaupun Liyana bukanlah satu nama yang besar seperti Yuna, namun kekuatan vokalnya mampu memukau sesiapa yang mendengarnya.
Liyana Fizi yang terkenal dengan lagunya yang bertajuk 'Take It Slow' telah pun selamat menjadi tunangan kepada seorang jejaka pilihan hatinya iaitu Firdaus Karim pada 14 September yang lalu.
Berita itu disampaikan sendiri oleh Liyana menerusi laman Instagram peribadinya. Taniah diucapkan buat Liyana dan juga pasangan. Bercakap tentang tarikh pernikahan dan perkahwinan, dia berkata
jika tiada halangan majlis akan diadakan dalam masa terdekat.
Semoga Liyana dan pasangan akan sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Beribu-ribu taniah diucapkan. Di sertakan sekali gambar sekitar majlis pertunangan Liyana dan pasangan. Walaupun agak simple tetapi tetap menawan.
0 comments:
Post a Comment