Semua ini berpunca dari Shahz Jaszle. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan ketika bercinta dengan "playboy Malaya" Shahz Jaszle, Miera Liyana kini fobia untuk bercinta dengan rakan artis.
Kata Miera ketika ditanya Harian Metro:
"Saya akan cuba mengelak dari bercinta dengan selebriti lagi selepas ini kecuali jika jodoh saya dengan mereka," Ujar pelakon itu.
Menurut pelakon berusia 20 tahun itu, hatinya kini masih lagi kosong dan belum bertemu pengganti yang betul-betul sesuai.
Namun begitu, Miera mengakui mempunyai ramai kawan lelaki dan dia berharap dapat menemui lelaki idamannya iaitu mestilah seorang yang matang, berjiwa lasak seperti pelumba kereta atau motorsikal.
Dalam perkembangan lain, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi bakal muncul dengan filem terbarunya "Balada Percinta" yang bakal menjengah seluruh pawagam pada 25 Oktober nanti
0 comments:
Post a Comment