19:40 0

Mengandung Anak Bekas Kekasih



WALAUPUN hubungan Liam Hemsworth dan Miley Cyrus menempuh pelbagai masalah, rupa-rupanya ada perkara penting yang membuatkan Liam cuba membaiki perhubungan mereka sebelum membuat keputusan untuk putus.

Menurut laporan majalah OK! Magazine, Miley telah memberitahu Liam bahawa dia mungkin sedang hamil dan pelantun lagu We Can't Stop itu sempat mengugut akan mengumumkan perkara tersebut jika lelaki itu mahu meninggalkannya.

"Miley merasakan dia sedang hamil, namun sebelum membuat kepastian dengan doktor dia sudah berniat untuk mengumumkan kepada dunia.

"Liam juga meminta Miley agar tidak terburu-buru membuat pengumuman tersebut," kata sumber.

Tambah sumber itu, wanita berusia 20 tahun hanya akan berdiam diri sekiranya Liam tidak meninggalkannya. Miley juga mengugut akan bercerita buruk tentang Liam jika permintaan itu tidak dituruti.

"Liam sudah tidak mempunyai rasa cinta lagi terhadap Miley sejak berbulan dahulu walaupun dia dan Miley masih lagi tidur sekatil.

"Miley meminta Liam untuk tidak meninggalkannya dan sanggup memberi kebebasan kepada Liam untuk berbuat apa sahaja," ujar sumber itu lagi.



0 comments:

Post a Comment