Terbaru, Nad Zainal kini sekali lagi dilanda kontoversi apabila wartawan media Utusan Malaysia Online mendakwa bahawa ada sumber menyatakan bahawa Nad Zainal dan juga kekasihnya, Azman Kombos tinggal serumah bersama.
Namun, bagi mengesahkan sendiri samada gosip liar yang melanda Nad Zainal itu adalah benar atau tidak, dan nekad menghubungi pihak Nad bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.
Ikuti penjelasan Nad Zainal dibawah :-
“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang didakwa."
“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang ke rumah."
“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam. Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran."
"Saya cukup pelik apabila ada manusia yang sanggup mendakwa saya melakukan perkara keji itu. Saya tahu apa benda yang patut dan tidak patut saya lakukan, saya juga perlu jaga nama saya dan kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya selama ini."
0 comments:
Post a Comment