10:30 0

Rebecca Nur Islam Selamat Melahirkan Anak Kedua



Alhamdulillah, pelakon Rebecca Nur Islam telah selamat melahirkan anak kedua semalam.

Pelakon Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi semalam (20 September 2013, Jumaat).

Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.

“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,” kata Rabecca Nur Al Islam yang dihubungi Harian Metro.

Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

“Saya dan suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru,” katanya.

Tahniah epada Rebecca dan suami. Semoga mendapat rahmat dariNya.


0 comments:

Post a Comment