Searching...
10:13 0

Cristina Suzanne bakal bertunang

Pelakon kecil molek yang berasal dari Kuantan, Cristina Suzanne mendedahkan bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya pada 13 Oktober ini.

Seterusnya, pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun depan. Difahamkan, jejaka yang menjadi pilihannya adalah kawannya sejak di sekolah menengah lagi.

Malah, bakal tunangnya itu merupakan pilihan ibunya sendiri. "Kami kenal sejak sekolah menengah, maklumlah Kuantan bukan besar mana, pusing-pusing jumpa orang sama.

Bagaimanapun sejak bekerja kami tidak pernah berhubung tetapi Ramadan lalu dia datang ke rumah untuk merisik.

"Kebetulan, mami memang suka keperibadiannya dan menasihati saya supaya menerimanya sebagai suami. Saya pun senang dengan sikapnya yang baik, sangat menghormati orang tua dan pandai ambil hati adik-adik saya," ujar Cristina lagi.

Dalam pada itu, Cristina menganggap walaupun usia bakal tunangnya yang dua tahun lebih muda tidak menjadi halangan memandangkan sifat jejaka itu yang matang dan berfikiran jauh dalam perhubungan.

Nampak gayanya melepaslah peluang jejaka diluar sana yang ada menyimpan hasrat untuk memiliki hati gadis comel ini. Taniah diucapkan buat Cristina semoga apa yang dirancang berjalan lancar hendaknya.


0 comments:

Post a Comment