Ini adalah alasan paling LOL oleh seseorang itu untuk berpakaian ketat.
Rozita Che Wan yang usia sudah mencecah 40 tahun berkata bahawa, dia suka untuk berpakaian ketat lebih-lebih lagi kerana ia mudah untuk mengesan "lemak" atau "gemuk" apabila memakai baju yang menampakkan tubuh badan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya.
Selain itu, RCW juga berkata walaupun dia suka bergaya, dia tidak terlalu mengikut trend atau fesyen yang terkini.
"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya.
0 comments:
Post a Comment