14:07 0

Scha Al- Yahya jalani pembedahan

Hanya Tuhan tahu betapa terkejutnya dia apabila disahkan mengidap Endometriosis ketika melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sehari sebelum itu. Tidak terlintas di fikiran sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah itu. Berkongsi pengalaman itu, dia yang pernah mengidap apendiks sepuluh tahun lalu bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal sebelum beralih ke fasa lebih serius.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit. “Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim.

Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. “Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan.

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu,” katanya yang sudah mula bekerja selepas berehat selama dua minggu. Menurutnya lagi, selepas pembedahan dia tidak boleh banyak bergerak malah mahu bercakap pun tidak keluar suara kerana sakit dan penat.

Keadaan itu berlarutan selama seminggu dan beransur hilang pada minggu kedua. Meskipun disaran berehat selama sebulan, dia tidak betah duduk diam dan mengambil keputusan kembali bekerja selepas dua minggu bercuti. “Seminggu saya terpaksa berbaring saja. Bergerak sikit pun terasa sakit. Risau juga bila ambil masa untuk pulih tetapi masuk minggu kedua, saya sudah boleh bangun dan bercakap serta ketawa seperti biasa.

“Saya berterima kasih dengan mama dan Awal kerana menjaga saya dengan baik. Mereka bising bila saya buat kerja rumah. Biasalah, saya tak boleh tengok rumah bersepah, mesti kemas. “Saya tidak boleh berlari atau angkat benda berat selama 10 minggu. Malah, doktor minta saya kurangkan pengambilan makanan ringan dan segera bagi mengelakkan penyakit itu berulang lagi. Selepas ini, saya kena banyak makan sayur dan buah,” katanya.
- Forum Cari


0 comments:

Post a Comment