Searching...
10:33 0

Tasha Jawab Isu Prestasi Merosot Mahali Jasuli



Hubungan Tasha dan Mahali Jasuli dikatakan punca permainan pemain bola sepak Selangor itu merosot teruk. Memang kerap pemain yang meningkat naik dikaitkan dengan artis dan terus menyebabkan persembahan mereka di padang merundum.

Terbaru Mahali yang dikatakan hilang fokus dan prestasinya agak merundum sedikit sejak rapat dengan pelakon Tasha Shila. Jom dengar apa kata Tasha Shila tentang perkara ini.

“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa,” Tasha Shilla mengulangi pendirian beliau tentang status hubungan mereka ketika ini.

“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment