16:00 2

Wang derma Adi Putra ditarik balik

Apabila kisah kontroversi Adi Putra mempunyai skandal berasama isteri seorang usahawan yang bernama Nooraida, nama Adi Putra juga turut terjejas.

Nampaknya cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui Adi Putra belum sampai ke penghujungnya apabila terbaru wang derma miliknya kepada anak-anak yatim dikembalikan dan ditarik balik oleh pihak pengurusan.

Menurut pelakon drama bersiri Sehangat Asmara itu, dia hanya mengetahui berita menyedihkan itu ketika dijemput menjayakan majlis golf amal dan minum petang. 


Bersama dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih anjuran Persatuan Insani Darul Takzim di Pulai Spring Resort, Johor Bahru baru-baru ini.

"Ada beberapa pihak menarik semula wang yang didermakan kerana kontroversi ini. Bagi saya perkara itu tidak patut berlaku kerana ia lebih kepada penganiayaan terhadap anak-anak yatim itu sendiri. Jangan hukum mereka kerana saya."


2 comments:

  1. kesiannya... kena tarik balik... apa nak buat.. nasi dah menjadi bubur...

    ReplyDelete
  2. sebab tu la dlm Islam, dosa memfitnah sma dengan dosa membunuh...buktinya mcm perkara ni la.:-(

    ReplyDelete