Searching...
21:11 2

Zain Saidin Mohon Maaf



Setelah merisik Rozita Che Wan secara rahsia yang dihadiri saudara rapat dan beberapa jurugambar, Zain tampil membuat kenyataan memohon keampunan jika ada pihak terasa hati tidak dijemput.

Jom baca laporan MStar:

Pelakon Zain Saidin, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis merisik antara dia dengan aktres Rozita Che Wan, 40, yang diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini pada Ahad.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan majlis berkenaan sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuklah kawan-kawan artis, rakan-rakan media atau sesiapa sahaja yang berkecil hati kerana saya tidak menjemput mereka.

"Saya nak jelaskan, ia hanya majlis merisik. Bukan bertunang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Zain berkata, pada majlis yang diadakan kira-kira pukul 3 petang itu, hanya 20 ahli keluarganya hadir manakala keluarga Rozita pula seramai 30 orang.

Pada majlis itu dia turut menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda untuk memiliki Rozita.

Ditanya mana mungkin majlis berkenaan diadakan secara kecil-kecilan kerana ia diadakan di sebuah lokasi yang gah Zain berkata, ia kelihatan seperti meriah kerana majlis itu ditaja banyak pihak melibatkan dekorasi dewan, pakaian, solekan dan khidmat jurugambar.

“Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan Zain memberitahu pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk mengadkan majlis pernikahan kerana ada beberapa lokasi yang dipilih mempunyai acara lain yang sudah ditempah awal.

Sementara itu Zain berkata dia akan mula bercuti pada November depan untuk memberi tumpuan kepada majlis pernikahannya selepas pulang mengdakan penggambaran telefilem Oh My English di Amerika Syarikat.

Zain dan Rozita pada mulanya dikatakan bercadang untuk bernikah di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

-MStar-

2 comments:

  1. secara sederhana apa bende?tgk macam grand je.

    ReplyDelete
  2. jgn ke laut at the end dah lerrrrr

    ReplyDelete