15:28 0

Anak Sabri Yunus



Anak Sabri Yunus


Beliau dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Penghulu Yunus).

Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 1991, Syamimi, 1993, dan Syazni, 1995. Sabri mula berlawak ketika ditingkatan dua di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas.

Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S.Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri.

Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan.

Ini ialah anak-anaknya yang telah dewasa:



0 comments:

Post a Comment