14:49 0

Artis berbohong untuk publisiti

Ramai yang sudah megetahui bahawa Adam AF dan juga Fiza Elite telah selamat menjadi suami isteri pada minggu lalu.

Namun, satu kontroversi telah tercetus apabila Fiza Elite dan juga Adam AF telah mengeluarkan satu kenyataan disalah sebuah stesen radio swasta yang menyatakan bahawa gosip tak jadi kahwin yang diperkatakan satu ketika dahulu adalah satu pembohongan semata-mata.

Dinyatakan juga bahawa gosip tersebut adalah rekaan daripada pihak wartawan untuk menaikan semula nama Fiza Elite kerana sekian lama telah menyepi.

Menerusi forumcari pihak hotlips mendapat maklumat yang dikatakan adalah kenyataan daripada Fiza Elite sendiri.

Jawapan dari fiza :

1) Fiza kata isu dia nak kawin tuh sebenarnye saja direka cerita.... sebab wartawan (dirahsiaKan) menghubungi fiza...nak jual citer pasal fiza nak kawin sbb konon dh lama takde citer pasal dia... just nak buat kontroversi jer.. so fiza kata okey jer. sebenarnya mamat tuh tak wujud pun.




0 comments:

Post a Comment