21:01 0

David Teoh Komen Jadi Dalang



Ramai tertanya-tanya, siapakah dalang utama yang menyebarkan kisah perkahwinan Aeril dan Wawa Zainal. Ada yang kata ini merupakan perkara sebenar yang disorok dan ada juga yang mengatakan ini adalah palsu dan gimik publisiti semata-mata.

Menerusi kenyataan ringkas dalam Berita Harian semalam, David Teo menafikan spekulasi tersebut dan berasa hairan bagaimana dirinya boleh dikaitkan sebagai antara dalang utama penyebaran berita terbabit.

 “Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular.”

 “Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak saya gagal dalam kehidupannya.”

Sementara itu, David Teo meminta Wawa Zainal segera menghubungi MIG Pictures bagi membincangkan urusan kerjayanya selepas lama menyepi dari dunia hiburan. Sepatutnya, Wawa dikatakan akan berhubung dengan David selepas hari raya Aidilfitri, namun masih belum kelihatan sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment