20:51 5

Enam anak ditinggalkan kelaparan

Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita. 

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan. 

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ. 

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'. “Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. 

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu. 

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya. Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.


5 comments:

  1. Nie la dikatakan...tau beranak...time nak tu sedap ja...anak2 jadi mangsa
    Bodoh betoi la ada mak bapak macam nie...

    ReplyDelete
  2. kembali ke zaman jahiliah dah manusia sekarang ni.. sampai dah tiada hati dan perasaan, tahu nak melayan perasaan masing2 aja.. anak2 ditinggal.. ya Allah Engkau peliharalah adik beradik.. Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete
  3. Sampai hati..saya nie yg payah nak dpt anak terasa sngt2..anak itu anugerah Tuhan yg x ternilai..ya Tuhan ku kau berikan la perlindungan dan peliharalah anak2 ini..

    ReplyDelete
  4. YG KECIK TU XNK ...MEH LA BG KAT SY..

    ReplyDelete
  5. Tergamak ibubapa kanak2 Malang ni buat mcm ni pd anak sendiri,YA ALLAH..apa dosa anak2 ini,kau peliharalah mereka..jauhkan musibah menimpa mereka AMIN

    ReplyDelete