09:28 1

Gambar Kekasih Rody Kristal



Gambar Kekasih Rody Kristal - Baru-baru ini, pemain gitar Kristal, Rody dilihat aktif berkongsi beberapa gambar mesranya bersama seorang wanita yang bernama Zazarinna.

Melalui gambar tersebut, Rody dan wanita itu kelihatan sangat mesra dan mereka dilihat sering menghabiskan masa terluang bersama.

Walaupun kemesraan jelas terpancar, namun Rody lebih selesa menggelar Zazarinna sebagai kawan ataupun teman baiknya sahaja. 

Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .

Jom layan gambar mereka:







1 comments: