16:21 0

Inikah wajah teman wanita baru Awi Rafael

Kecoh seketika dahulu isu gambar berpelukan mesra Hanez Suraya dengan seorang jejaka tersebar dilaman sosial dan juga laman sesawang namun, Hanez menafikan mempunyai hubungan dengan jejaka tersebut.

Kini timbul pula gambar bekas teman lelaki Hanez Suraya, Awi Rafael  bersama seorang gadis yang sangat cantik. Mereka bergambar mesra tetapi tidak semesra Hanez Suraya dengan jejaka misteri itu.

Gambar Awi Rafael bersama gadis itu dikatakan telah tersebar di alam maya melalui sumber hasil perkongsian blogger Aiskosong.

Jika benar gadis yang dimaksudkan dalam gambar ini adalah teman wanita terbaru Awi, taniah diucapkan kerana tidak salah bagi Awi Rafael mencari penganti yang baru.

Gadis dalam gambar tersebut dikenali sebagai Sarah Anne. Ramai juga peminat Awi dalam Instagram memuji kecantikan gadis tersebut.


0 comments:

Post a Comment