Terbaca di mStar dan Rotikaya ada mengatakan Johan secara terbuka mengakui terpaut dengan seorang wanita yang juga selebriti di Malaysia dan merancang melamar wanita itu. Hmm siapakah?
Baca Laporan Rotikaya dan mStar:
Baca kisah terbaru Johan As’ari menerusi mStar Online dan pelakon popular ini mahu berkias kias pula yang dirinya kini sudah terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan. Terus sebut nama ‘kan senang.
Walaupun sudah menyedari timbulnya perasaan jatuh hati itu, Johan As’ari enggan meluahkan perasaan beliau ketika ini walaupun tahu yang beliau tidak bertepuk sebelah tangan dalam hubungan mereka ketika ini.
“Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan status sebagai pasangan kekasih”
“Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri,” jelas Johan As’ari.
Lebih menarik lagi, Johan As’ari juga merancang untuk melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ianya masih satu rancangan.
“Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu,” tambahnya lagi.
Ehem, Shila Amzah ‘kan?
0 comments:
Post a Comment