Jumpa Bayi Dalam Kotak Tepung Yang Dihurung Lipas.
Seorang ejen hartanah terkejut apabila bunyi tangisan yang disangkakan kucing rupanya suara tangisan bayi lelaki yang ditemui di belakang kediamannya di Jalan Panglin, Taman Perling, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, Ismail Yahya, 46, berkata, dia terdengar bunyi suara halus kira-kira setengah jam dari arah belakang dapur rumahnya.
Menurutnya, dalam keadaan samar-samar itu, mereka melihat ada objek bergerak dalam satu kotak tepung yang turut dihurung lipas.
“Kami terkejut apabila menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat, malah lampin dipakainya juga sudah basah. Saya kemudian terus menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.
Menurutnya, dia turut menyuapkan madu ke mulut bayi berkenaan kerana mendapati ia seolah-olah lapar,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tampoi.
Sementara itu, anak saudara Ismail, Farhan Mohamad, 27, berkata, dia terlihat seorang wanita mendukung bayi mundar-mandir di depan surau jam 11 malam,” katanya.
“Wanita terbabit berusia 20-an dan kelihatan gelisah serta dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata, kurang sejam kemudian bapa saudaranya mengetuk pintu biliknya memaklumkan penemuan bayi di belakang rumahnya itu.
“Mungkin wanita yang dilihat mendukung anak kecil dekat surau itu ada kaitan dengan penemuan bayi berkenaan,” katanya.- Harian metro
0 comments:
Post a Comment