08:24 0

Kutipan Filem KL Gangster 2


KL Gangster 2 tetap meletop : Kutipan Filem KL Gangster 2 rm 5 juta.

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan kutipan sebanyak RM5 juta untuk filem KL Gangster 2 sebagai satu rahmat buat karya arahan Syamsul Yusof itu walaupun ia telah disebarkan menerusi Internet dan menjadi mangsa cetak rompak sebelum ia ditayangkan.

Yusof, 59, berkata, walaupun telah kehilangan 70 peratus penonton gara-gara insiden itu namun beliau tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.

"Apabila filem berkenaan tersebar, saya hanya harap KL Gangster 2 dapat mengutip RM1 juta sahaja tetapi Alhamdulillahlah kita berjaya mendapat RM5 juta.

"Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya kepada mStar Online.

KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.

Ia telah ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober lalu. -mStar-

0 comments:

Post a Comment