10:20 2

Luahan Lisdawati terhadap skandal Fauzi

“ITU semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini,” ujar Lisdawati berhubung dakwaan kisah skandal yang tersebar antara suaminya, Fauzi Nawawi dan bintang realiti Noni AF5. 

Hakikatnya, bukan sekali Fauzi dikaitkan dengan skandal bersama wanita lain kerana selain aktres seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, pelakon 'Orang Minyak' ini pernah mengejutkan dunia siber setelah hubungannya bersama seorang wanita tersebar menerusi sebuah blog hiburan. 

Bagaimanapun sebagai isteri, Lisdawati, tidak mudah melatah. Masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu, pelakon KL Menjerit ini menganggap ianya sebahagian dari lumrah bergelar selebriti. Malah tetap mempercayai Fauzi. “Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah. 

“Bagi saya, selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku. “Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” katanya. Memandang perkara itu secara positif, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini, mengakui suaminya itu memang pernah bekerjasama dengan Noni dan dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja.


2 comments: