Difahamkan sebelum kejadian berlaku, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal itu berhasrat menggunakan tali itu untuk menjerat ayam peliharaan di sekitar rumahnya. Amira berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu bersama kakak dan adik bongsunya, Nor Atikah, 18, dan Muhammad Aidil, 6, selain neneknya, Imah Mamat, 87, sementara ibunya Siah Che Soh, 51, dan bapanya Yusuf Mamat,62, keluar menoreh getah di kebun terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.
“Ketika menuju ke dapur saya terkejut mendapati adik dalam keadaan tergantung di tali dan terdapat kerusi di sebelahnya, saya tergamam dan terus memberitahu keluarga yang berada di ruang tamu dan menghubungi pegawai perubatan, mereka mengesahkan adik saya tiada lagi,” katanya yang mempunyai 12 adik-beradik.
Amira berkata, sebelum kejadian, dia sempat bersembang seketika dengan Muhammad Idham yang baru bangun tidur di bahagian hadapan rumah mereka dan mangsa memaklumkan kepadanya dia baru sahaja mempelajari cara menjerat ayam. Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa walaupun mengetahui adiknya tidak suka melakukan sebarang aktiviti melibatkan haiwan apatah lagi menjerat ayam.
0 comments:
Post a Comment