13:24 0

Pelakon lelaki terajang make up artis

Khabarnya seorang jurusolek pondan menerima satu hadiah istimewa berupa tendangan kencang di muka dan tercampak ke dinding selepas cuba menggoda dan meraba punggung seorang pelakon lelaki popular.

Kejadian itu berlaku ketika sedang penggambaran sebuah drama. Pada mulanya, pelakon lelaki berkenaan menyangka jurusoleknya hanya bergurau namun selepas perbuatan itu dilakukan berulang kali, dia kemudian berdiri dan menyepak si jurusolek di bahagian muka sehingga terhumban ke dinding.

Sebaik ditendang, jurusolek itu terpinga-pinga dan menggelabah meminta maaf kepada pelakon lelaki muda tersebut kerana tidak menyangka pelakon terbabit akan bertindak sedemikian. Siapa agaknya pelakon lelaki yang diraba dan dirangsang dengan kata-kata pujian oleh si jurusolek?

Sumber: cerita kosongku (plbagaimacam)



0 comments:

Post a Comment