11:29 6

Punca keracunan makanan kenduri

Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. 

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. “Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam. 

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. “Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya. 

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. “Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya. 

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang. 

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam. 

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang. Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

6 comments:

  1. memang yg pergi tu 770 org je ke??mesti dya punya tetamu lebih kn..kenapa tuan rumah xmakan kaa??xdengar pon tuan rumah kena keracunan makanan pon..maaf hanya mahu penjelasan yg lebih teperinci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannye la kan.. mane2 tuan rmh yg buat kenduri kawin, lauk2 utk tetamu, mmg xsempat nk jamah or xsempat nk makan pn.. kdg dh selesai majlis, bru dpt makan.. itu pn xmkn makanan kenduri.. mesti cari nasi putih n lauk biase... ni base on experience la...

      Delete
    2. Salam... maaf.. kalo x salah salah ader jugak ahli keluarga pengantin yang keracunan.. cuma sebelah pengantin lelaki sahaja yang x keracunan.. kalo x silap saya la...

      Delete
  2. bkn yg meninggal tu salah sorang saudara tuan rumah jgk ke . x silap sy lah, sepupu pngantin yg meninggal

    ReplyDelete
  3. Semoga roh-roh mereka yg ahlisunnahwaljamaah dicucuri rahmat Allah swt..

    Kalau orang-orang Syiah pula yg mati keracunan... saya tak doa apa-apa,.. saya serah kat Allah saja

    ReplyDelete