17:46 1

Sidang Media Aeril Dan Wawa Zainal




 [Terkini] SIDANG MEDIA RASMI
Pada hari ini berlangsung sidang media Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang dihadiri kedua-dua artis terbabit. 

Sebelum ini heboh tentang laporan tentang perkahwinan  mereka    ( KLIK SINI ). BH melaporkan mereka dah ada anak satu hasil perkahwinannya.

Pelakon kacak yang popular dengan drama 'Cinta Jannah', Aeril Zafrel akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar status dirinya bersama pelakon cantik, Wawa Zainal di sebuah sidang media yang berlangsung di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya.

Sekian lama berteka-teki, akhirnya Aeril mendedahkan yang sebenarnya berita yang timbul mengenai perkahwinannya bersama Wawa adalah benar. Mereka berkahwin pada 25 Februari 2012. Bayi bernama Ahmad Fakhruddin Attar ialah sah anak mereka.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Aeril tampil ke sidang media bersama Wawa, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap. 

Nampaknya apa yang dibongkar oleh Berita Harian dan David Teoh adalah BENAR belaka.

HOTLIPS: Huhu tahniah la ye :) semoga bahagia selalu, lain kali jangan sorok-sorok dan berdolak dalik. Macam Fiza dan Adam kan senang dah nikah bgtau aje. :)


1 comments:

  1. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=272856

    Register je..

    ReplyDelete