17:06 0

Suspek masih bebas


Suspek yang menembak mati pegawai wanita Ambank dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lepas dipercayai masih berada dalam negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. 

Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berpusat di Selangor untuk menjejaki suspek. 

"Task force ini juga dibantu oleh jabatan lain di Bukit Aman dan kita akan pastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini. 

Dalam kejadian itu Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu. Semalam polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isteri pengawal keselamatan tersebut dan menemui semula lebih 20,000 yang dipercayai antara jumlah keseluruhan wang rompakan RM450,000 yang dilarikan suspek.


0 comments:

Post a Comment