21:00 0

Wanita disamun dalam lift kondo mewah

Seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini Rabu lalu. Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30-an. 

Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa. Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan. Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras pagi semalam bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa. 

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain. “Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya. Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman bermula semalam.

0 comments:

Post a Comment