20:29 0

Wawa Zainal tipu, David Teo buat pendedahan eksklusif



Semalam menerusi mStar, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, 33, menyelar isi kandungan kontrak Wawa Zainal kerana didakwa melanggar hak asasi manusia dalam membina perhubungan.

Syarat yang terkandung di dalam kontrak itu dikatakan melarang artis daripada bercinta, bertunang mahupun berkahwin selagi berada di bawah naungan syarikat Metrowealth International Group (MIG).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar K David Teo, segera tampil menafikan kontrak yang ditandatangani oleh Wawa Zainal mengandungi sebarang larangan untuk bercinta, bertunang dan berkahwin.

"Di sini, saya menunjukkan isi kandungan kontrak yang disediakan untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang undang yang dibuat bagi menghalang mereka daripada bercinta."

"Namun, sebelum menandatangani kontrak, mereka perlu membuat pengesahan mengenai status adakah sudah mempunyai pasangan, bertunang ataupun berkahwin. Jika mereka bukan lagi single, kami akan menyediakan satu borang untuk diisi bagi mengesahkan status itu. Itu sahaja."


Menurut David Teo lagi, setiap individu yang menjadi artis MIG memang perlu menandatangani kontrak yang disediakan dengan tujuan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Kami ada sembilan garis panduan berhubung kontrak itu termasuk mengelak daripada gejala maksiat, artis ditangkap khalwat dan anak luar nikah, menimbulkan kecemburuan di lokasi dan kontroversi serta syak wasangka."

"Selain itu, ia juga bertujuan mengelak daripada difitnah, diambil kesempatan oleh pihak lain, kehancuran rumah tangga, mengekalkan ikon kepada masyarakat dan mempertahankan maruah artis, keluarga serta syarikat."

"Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, saya begitu faham dengan keadaan industri yang penuh dengan godaan dan cabaran. Jadi, jika artis itu faham, ianya tidak menjadi masalah besar."

"Lihat sahajalah Maya Karin, Farid Kamil, Nora Danish, Diana Amir dan Lisa Surihani. Saya tidak pernah melarang mereka untuk bercinta mahupun berkahwin. Malah, setiap kali jumpa Intan Ladyana ataupun Kamal Adli, soalan pertama saya ialah bila nak kahwin."

Dalam pada itu, David Teo menerusi Sinar Harian turut membidas kenyataan Zed Zaidi yang disifatkannya terlalu terburu-buru sebelum berjumpa dengannya dan membaca kesemua isi kandungan kontrak Wawa Zainal.
"Kata-kata Zed sangat tidak waras! Sepatutnya, sebelum membuat kenyataan, Zed seharusnya menghubungi saya dan mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu. Dalam pada itu, dia perlu membaca kesemua isi kandungan dalam kontrak."
 
sumber: plbagaimacam


0 comments:

Post a Comment