09:45 0

Adira dapat cincin

Artis kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Siti Adira Suhaimi sebentar tadi baru sahaja memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang menunjukkan jarinya tersarung sebentuk cincin. 

Biarpun Adira tidak meletakkan sebarang keterangan, namun ia sudah cukup menimbulkan tanda tanya kepada peminat-peminat. 

Lebih-lebih lagi lelaki yang sedang dikaitkan dengan Adira, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M) ada meninggalkan komen di gambar tersebut yang berbunyi “I LOVE you sayang. See u later” 

Adakah cincin itu pemberian Shahrul? 

Pihak GUA cuba menghubungi Adira bagi mendapatkan penjelasan lanjut, namun Adira gagal dihubungi. 

Sebelum ini Adira pernah menafikan yang dia sedang menjalinkan hubungan dengan Shahrul. Malah, Shahrul sendiri menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar teman rapat.



0 comments:

Post a Comment