Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini. “Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza Idris) mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya.
Dia akan mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras. “Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang peragaan dan lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu jadi saya rasa dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal mengenai rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi finalis Mister Planet Malaysia 2014.
sama dng abg dia gak suka bina badan...sekali tgk cam gay lak...hahhaa
ReplyDelete