12:11 0

Lihat isteri ditikam dalam vedio chat

Seorang askar US yang berkhidmat di luar negara hanya mampu melihat isterinya yang sarat mengandung ditikam bertubi-tubi secara live di dalam video chat oleh seorang penjenayah yang memasuki rumah mereka. 

Rachel Poole, 31, sedang berada di rumah mereka di Texas sedang bercakap dengan suaminya, Justin Pele di FaceTime apabila seorang lelaki telah menceroboh rumah mereka dan menyerang wanita itu dengan pisau. 

Mengikut satu sumber, penyerang itu dikenali sebagai Corey Moss, seorang askar yang telah berhutang sejumlah wang dari suaminya. 

Justin Poole, yang sedang berkhidmat di Asia pada masa itu, telah menghubungi Fort Bliss, iaitu pengkalan tentera di mana Moss sedang berkhidmat. 

Jiran-jiran memberitahu bahawa Moss meminjam wang dari Poole untuk membaiki kereta yang telah dipinjam dari pasangan tersebut.



0 comments:

Post a Comment