Pasangan Kahwin Umur 13 Tahun, Nor Fazira dan Mohd Fahmi Telah BERCERAI
Dulu kita dikejutkan dengan kisah perkahwinan muda pelajar atau remaja berumur 13 tahun dengan pasangannya yang berumur 19 tahun, Nor Fazira dan Mohd Fahmi . Adakah anda basih ingat?
Ikatan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 19, di Kulim, Kedah pada 17 November 2012 mendapat liputan yang cukup panas dan kecoh satu Malaysia kerana usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru mendapat keputusan UPSR dan bakal memasuki 13 tahun.
Pasangan Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan setelah diperintahkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Ketika itu mereka nikah dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.
Berita yang baru diterima, pasangan muda ini, Nor Fazira dan Mohd Fahmi telahpun mendapat pengesahan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.
Penceraian ini lebih sadis kerana si suami telah melafazkan penceraian dengan talak 3, Ya, talak tiga. Semestinya perkara ini memeranjatkan ramai pihak apatah lagi mereka bakal menyambut ulangtahun perkahwinan pertama hanya seminggu sahaja lagi. Namun punca penceraian telah dirahsiakan demi tidak membuka aib mereka.
Berdasarkan kata-kata ayah sebelah perempuan itu,Encik Saad, dia hanya menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya tidak lama dan sampai di situ saja.
Nor Fazira juga dikatakan tidak banyak mahu bercakap tentang perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran dan berehat buat sementara waktu.
Pada masa yang sama, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum membuat kenyataan ekoan kes penceraian itu.
Itulah Takdir yang tertulis dari Allah. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kita hendaklah menerima qada' dan qadar dan diharap kedua mereka,Nor Fazira dan Mohd Fahmi dapat menenangkan perasaan dan dapat meneruskan kehidupan sebaik mungkin. -METRO-
0 comments:
Post a Comment