12:34 0

Review hotel : KSL Hotel, Johor Baharu.

KSL merupakan sebuah hotel baru yang mewah bertaraf lima bintang dan merupakan resort yang terbesar di Johor Baharu, hotel ini terletak didalam pusat beli belah. Hotel KSL mempunyai 868 bilik yang menawarkan pengalaman mewah dan pemandangan yang cantik sekitar Johor.

Kali ini, Hotlips Corner ingin berkongsi pengalaman menginap disini selama 4 hari atas urusan kerja.
Apabila sampai di lobby hotel perasaan teruja mula meyelubungi diri kerana kawasan lobby yang begitu luas dan susun atur yang menambat hati.

Apabila tiba giliran untuk 'check in' atau daftar masuk bilik, staff hotel memaklumkan bahawa nama Hotlips tiada dalam rekod mereka dan meminta saya menunggu sehingga masalah di selesaikan. Hotlips Corner menunggu hampir dua jam untuk mendaftar masuk bilik walaupun tiada pegunjung lain.

Pihak pengurusan hotel sangat lambat dan tidak mengutamakan perasaan pelanggan kerana mereka telah memberi bilik yang salah dan disebabkan itu, saya terpaksa turun ke lobby semula untuk menukar bilik.

Walaupun secara kasarnya Hotel KSL dilabel sebagai hotel bertaraf lima bintang tetapi servis serta pengurusanya tidak seperti itu. Sepanjang empat hari berada di hotel ini, juadah makanan serta kepelbagaian makanan yang disediakan amatlah di puji kerana terdapat banyak menu makanan yang boleh dipilih dan semuanya sedap sekali.

Apa yang menarik hati Hotlips sepanjang berada dihotel ini ialah makanan, suasana bilik dan permandangan yang cantik serta berada didalam pusat beli belah yang membolehkan pengunjung mudah untuk membeli belah.

Rating untuk Hotel KSL ini hanyalah 6/10 sahaja.

- SERVIS : 1/10
- LOKASI: 8/10
- BILIK : 8/10
- MAKANAN: 9/10
- HARGA: 6/10







0 comments:

Post a Comment