00:11 0

Saya Tak Halalkan Duit Rebecca - Erma




Saya Tak Halalkan Duit Rebecca - Erma

Episod kes saman antara pelakon Rebecca Nur Islam dan Erma Fatima masih berlanjutan walaupun keputusan di mahkamah berpihak kepada Rebecca.

Rebecca membidas sikap Erma yang dikatakan berterusan menfitnahnya di laman sosial apabila membuat kenyataan Rebecca seorang pelakon yang tidak berdisplin.

Kekalahan Erma menyebabkan beliau terpaksa membayar sebanyak RM 11 ribu kepada Rebecca.

Erma Fatima pula berkata dia tidak sesekali akan menghalalkan duit yang Rebecca minta itu. Malah Erma juga bersedia untuk menjelaskan baki wang berkenaan sebanyak RM11,000 kepada wanita itu tetapi tidak menghalalkannya.

“Saya akan bayarkan wang itu kepada Rabecca tetapi saya tidak akan halalkannya. Kekalahan saya di mahkamah atas sebab-sebab teknikal. Saya pun tak mahu panjangkan kes ini lagi,” katanya.

-mStar-

0 comments:

Post a Comment