Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Keterbukaan atau kelantangan Khairy dalam mengkritik menyebabkan ada golongan vetaran yang terasa dengan sikapnya.
Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM mendakwa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.
Sebagai kenyataan balas, kata Khairy secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam:-
Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.
Jarang sekali membaca 'tweet' daripada penyanyi terkenal tanahair dari Kuala Lipis, Pahang mengkritik atau menegur seseorang berkaitan politik. Namun dalam 'tweet' terbaru Datuk Siti Nurhaliza dalam laman sosial Twitter cukup mengujakan. Beliau mempertikaikan tindakan YB Kahiry Jamaluddin yang baginya amat biadap dan tidak menghormati orang tua.
Umum tahu kritikan tersebut dibuat kepada Menteri Belia Dan Sukan berikutan pertikaian Menteri berkenaan dengan pimpinan FAM. Sebagai anak jati Pahang, mungkin Datuk Siti ada hak menegur sekiranya ada pihak lantang membidas kepimpinan Presiden FAM yang juga Sultan Pahang.
Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.
Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.
0 comments:
Post a Comment