18:28 0

13 Komando Hilang Ditemui Semula


Seramai 13 orang pelatih ahli komando yang ditakuti hilang selepas bot mereka  dipukul ombak kerana ribut dijumpai selamat dalam pukul 1.20 pagi ini.

Berdasarkan kenyataan Pasukan Penyelamat negeri, kesemua komando tersebut dijumpai oleh orang awam di Pantai Kundur, Pantai Puteri dalam keadaan selamat dan sihat.

Semalam, dikatakan 13 anggota tentera dilaporkan hilang dan lemas kerana bot dinaiki hilang sewaktu mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka.

Difahamkan, dalam jam 9 malam semalam, kumpulan komando terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan 13 komando menaiki bot sama hilang sementara hanya tiga bot lain berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan ahli pelatih komando itu telahpun disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.



0 comments:

Post a Comment