02:11 0

Jep Sepahtu Besar Kepala ?



Jep Sepahtu Besar Kepala ?

Terbaca di Laman sosial terutama di GuaTv, yang mana ramai penonton berkata Jep Sepahtu besar kepala dan suka memperlekehkan ahli kumpulan yang lain. Ini semua berlaku setelah persembahan minggu ke 5 Maharaja Lawak Mega semalam.

Rata-rata komen bercampur baur ada yang suka dan ada yang tak suka. Lagi best siap ada forum khas mengatakan Sepahtu over rated di sebuah forum popular di Malaysia.

Ada juga mengatakan Jep seperti terlalu membahan Rahim yang dikatakan sehingga menjatuhkan air muka Rahim di pentas MLM tersebut. Ketika juri memberi komen juga seperti agak kekok dan ada selit celah mencelah dan masalah komunikasi di situ.

Okey di sini admin ingin huraikan satu persatu, pertama sifat Jep (seperti yang para Jeppers terangkan) amatlah ramah dan tidak berlagak apatah lagi besar kepala. Cuma lawak Jep memang suka membahan kawan-kawan. Ingat lagi lawak Maharaja Lawak dulu, Jep ada membahan Shuib, katanya nak muntah tengok muka Shuib ( episod mencuri, selepas membuka topeng).

Ini Bukti Jep dan Rahim masih ok selepas persembahan minggu kelima:





Untuk over rated pula, ini memang menjadi lumrah kepada bintang yang sedang berada di puncak. Pernah juga terjadi ketika zaman Saiful Apek dan juga Jozan di mana expectation untuk peserta pilihan begitu tinggi. Dan jika tidak kesampaian atau mencapai expectation, ianya begitu jelas.

Untuk juri dari Indonesia, ianya seperti tidak relevan dan rasanya BOLEH DIHENTIKAN ! Jelas lagi bersuluh mereka kurang paham dengan lawak peserta, dan sudah tentu komen secara mengkhinzir buta sahaja. Juri dari Singapura boleh tahan lagi kerana mereka paham juga lawak Malaysia.Oh rindu dengan juri jujur seperti Najib dan juga Chef Wan.

Untuk musim kali ini, admin gembira melihat pencapaian peserta barisan pelapis muda yang mantap terutama Wala dan Bocey dan juga kumpulan Shiro. Mereka dijangka dapat memberi saingan yang sengit kepada Sepahtu, Nabil dan Jambu.

0 comments:

Post a Comment