Johan tetap tunggu Shila Amzah.
Dah kenapa pula Johan tetap tunngu Shila Amzah ni? Umum sudah mengetahui bahawa Johan telah pun melamar Lana Nordin setelah berkenalan selama 3 hari. Namun menerusi satu kenyataan dari Johan, apabila Shila Amzah telah menjauhkan diri darinya dengan menukar no. telefon, menyekat laman sosialnya membuatkan Johan tersedar agar hatinya terbuka untuk Shila dan menyatakan bahawa hubungan mereka seperti biasa.
Johan menyifatkan Shila sebagai temannya dan sekiranya Shila mahukan sokongan daripadanya hatinya sentiasa menyokongnya dan akan berkawan seperti biasa dan tidak kisah jika Shila hendak menghubunginya pada bila-bila masa dan menyatakan bahawa hubungan mereka terbina atas kasih sayang di antara sesama mahkluk dan akan menerima Shila sebahagian dari hidupnya.
Hubungan antara Johan dan Shila sememangan akrab menurutnya kerana kedua belah keluarga mereka sememangnya berkawan baik. Johan menyatakan bahawa dia sejak dahulu lagi mengangap Shila sebagai adiknya dan juga seorang sahabat. Dia juga turut mendoakan kebahagian Shila Amzah menharapkan beliau gembira selalu.
0 comments:
Post a Comment