10:05 5

Oh Manchester United Tewas Lagi


Oh Manchester United Tewas Lagi


Semalam, Sabtu ( 7 Disember 2013 ) seperti biasa suami akan terpacak di depan televisyen untuk menonton perlawanan bola sepak BPL ( Barclays Premier League ) ataupun Liga Perdana Inggeris. Untuk makluman dia merupakan seorang peminat setia Arsenal sejak dulu lagi. Ketika di awal perkenalan dulu pun memang selalu saya menemani suami menonton di Rasta TTDI dan kalau penuh bertandang pula ke Hajris Bistro Cheras. Selalunya dua tempat itu menjadi pilihan kami.

Katanya semalam permainan pertama melibatkan juara tahun lepas, Manchester United menentang Newcastle United. Sepanjang menonton  perlawanan tersebut dapat dilihat suami menyokong Newcastle United dan apabila ditanya kenapa, dia menjawab kerana bengang dengan Robin Van Persie, disebabkan meraikan gol secara melampau ketika menjaringkan gol menentang pasukan Arsenal dulu ( baca di sini ). Akhirnya perlawanan tamat dan keputusannya ialah seperti berikut:

http://denaihati.com/
Gambar dari Instgram Denaihati

Ya, Manchester United tewas lagi kini di tangan Newcastle hasil jaringan tunggal pemain Perancis, Yohan Cabaye. Cabaye mudah menyambar hantaran Sissoko untuk menyempurnakan gol kemenangan menewaskan penjaga gol De Gea. Kekalahan ini meneruskan prestasi Manchester United yang tidak pernah menang setelah menewaskan Arsenal sejak 10 November yang lalu.

Apa dah jadi dengan Manchester United. Krisis dalaman? Kelemahan pengurus, David Moyes? Kini banyak perbincangan antara penyokong Man Utd yang menghuraikan masalah pasukan itu. Dan yang paling ketara ialah strategi pengurus baru mereka Moyes.

Tapi yang paling best, apabila suami berkata ini semua kerana ego pemain penyerang Belanda Robin Van Persie yang tidak mengenang budi Arsenal. Sama seperti yang dikatakan oleh Denaihati, macam badi jugak lah.


http://instagram.com/denaihati

Sepanjang David Moyes di Old Trafford banyak rekod telah berjaya dipecahkan, antaranya:

1) West Brom menang dan memecahkan rekod selama 35 tahun untuk memenangi perlawanan di Old Trafford.

2) Everton menang memecahkan rekod selama 21 tahun untuk memenangi perlawanan di Old Trafford.


3) Newcastle menang di Old Trafford setelah 40 tahun lebih lamanya menanti juga dibawah David Moyes.

Terbaik Moyes  *sindir.


Kepada penyokong Manchester United, suami saya mencadangkan menonton filem The Damned United, sebuah kisah benar yg difilemkan tentang Brian Clough, yg mempunyai reputasi yg tinggi bersama pasukan Derby Country seterusnya dilantik menjdi pengurus Leeds United. Ketika itu leeds merupakan juara Liga Inggeris (Juara macam Man. Utd juga lah) namun disebabkan ego pemain dan bebrapa perkara yan tak sehaluan, Leeds mengalami kejatuhan yg teruk. Yang bestnya, selepas Brian dipecat, akhirnya beliau mengikat kontrak bersama pasukan Nottingham Forest dan beliau menjuarai piala eropah sebanyak dua kali.

Jadi apa yang saya ingin disampaikan, kepada peminat Manchester United janganlah melatah dengan teruk dan menyalahkan sepenuhnya kepada David Moyes. Ini kerana beliau memerlukan masa dan perlu menyesuaikan diri dengan pemain-pemain yang sudah terbiasa dengan Sir Alex Ferguson. Jika tak percaya pada Moyes pun, percayalah pada magis yang ada pada aura Man. United suatu masa nanti.

p/s: artikel ini dihasilkan dengan usaha sama dan pendapat suami admin. Terima kasih daun keladi.

5 comments:

  1. MU merupakan pasukan kegemaran SGP tetapi bila RVP berskap sombong , ntah laah. Jadi, tak minat pulak. heheee

    ReplyDelete
  2. Serious talk, Kali ini bukan musim MU :)

    ReplyDelete
  3. Billion terima kasih kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.

    ReplyDelete