Safari Wonderland A'Famosa
Jika anda merupakan seorang yang gemarkan sesuatu yang mencabar dalam mencari kelainan maka Safari Wonderland A'Famosa adalah tempatnya. Terdapat pelbagai jenis binatang dan haiwan di Safari Wonderland yang akan membuatkan anda teruja.Antara tarikan yang terdapat di Safari Wonderland A'Famosa ialah anda dapat memberi makan kepada harimau yang ada di sini. Lihatlah dan alamilah pengalaman yang terindah apabila di Safari Wonderland A'Famosa.
Kami menaiki kenderaan yang disediakan semasa berada di Safari Wonderland A'Famosa, perasaan kagum serta teruja meyelubungi diri apabila dapat melihat haiwan dengan lebih dekat seperti rusa, zirafah, gajah, dubuk, harimau, unta, singa dan haiwan-haiwan lain. Malah kami difahamkan terdapat lembu yang 'berkaki putih dan berseluar dalam putih' merupakan lembu yang berasal dari Afrika.
Safari Wonderland A'Famosa di ibaratkan seperti satu pengembaraan hidupan liar yang penuh dengan cabaran dan keseronokan dan amat sesuai untuk seisi keluarga. Pengalaman yang tidak akan di lupakan sampai bila-bila apabila diberi peluang untuk memberi makan kepada harimau yang ada disana.
Agak berdebar dan takut pada mulanya kerana harimau itu sangat dekat tetapi setelah diberi tunjuk ajar cara memberi makan oleh pengaja disitu, admin terus memberanikan diri mencubanya dan Alhamdulilah! berjaya. Terdapat tiga ekor harimau yang bernama Sheera, Bobee dan juga Nina.
Lihat video ni. Berjaya juga saya bagi makan kat Sheera
Kemudian kami semua menuju ke ' Color of the birds' iaitu pertunjukkan daripada pelbagai jenis spesis burung. Setelah selesai acara 'Color of the birds' kami menuju ke Lake View Restaurant untuk menikmati makan tengahari dan bersiap sedia untuk ke Water Theme Park. [ klik sini ].
Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan tentang Safari Wonderland A'Famosa boleh layari www.afamosa.com / www.facebook.com/afamosa.my ataupun di talian +603-271818888/ +606-5520888 untuk maklumat lanjut.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Blooggers dot com kerana sudi menjemput Hotlips Corner sertai event ini.
Jom layan Gambar:
Penerangan dari Zac |
Antara haiwan-haiwan yang ada di Safari |
Tiger Feeding |
Sheera dan Boobe. Nina jauh tak dapat ambil gambar |
0 comments:
Post a Comment