23:28 2

Tertipu Dengan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang



Tertipu Dengan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang


carian:
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
 uai Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
eksploitasi Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Ramai yang kecewa dengan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang terbitan MIG dan hasil arahan Pierre Andre. Walaupun kononnya filem ini bakal menampilkan pendakwah Ustaz Azhar Idrus sebagi salah seorang pelakon undangan dan bertujuan berdakwah tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

Filem ini lebih kepada komersial untuk mengaut untung dengan eksploitasi populariti UAI memandangkan pelakon utama kumpulan Shiro masih belum cukup kuat untuk menarik penonton ke panggung.

Dengan eksploitasi kononnya UAI berlakon dan poster besar terpampang wajah UAI peminat UAI akan hadir ke panggung membawa anak-anak dan keluarga tetapi ternyata tertipu. UAI hanya tampil dalam satu babak sahaja. 

Bak kata wartawan bernama Syed, lebih baik tonton Youtube sahaja jika ingin melihat ceramah hebat UAI daripada menonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini. Walaubagaimanapun filem ini berjaya mengutip RM 1 juta pada 5 hari pertama.


Tertipu ke?

Bagi admin pula, setelah menonton filem ini, admin merasakan banyak kelainan yang ingin dibawa dan sudah tentunya teruja dengan genre Islamik ini. Setiap skrip humor itu ada mesejnya. 

Akhirnya ada juga filem yang berani menampilkan pendakwah dan penceritaan tentang tabligh  dan aktiviti mereka. Berbanding cerita sampah hantu, cintan cintun, lawak bodoh, gangster dan merempit. Yang baiknya tiada wanita seksi meksi dalam filem tersebut.

Untuk UAI berlakon syarat-syaratnya memang ketat, sebab tu mungkin sukar sikit untuk scene atau babak yang banyak.

Admin bagi 7/10. Ok la tu :)


Jom tengok apa kata UAI syarat-syarat berlakon Ustaz Mu tunggu Aku Datang :


2 comments:

  1. Saya rasa bukannya Ustaz Azhar Idrus tidak mahu diketengahkan, atau dilibatkan untuk dipenuhkan aksinya di dalam arahan Pierre Andre dalam filem ini dgn aliran skrip yg dicipta sendiri oleh Ustaz Azhar…akan tetapi syarat Ustaz adalah ketat dan mungkin menghadkan susunan perjalanan kisah ini..kerana ustaz Azhar Idrus hanya mahu di”shooting” hanya pada keadaan-keadaan tertentu mengikut kehendaknya…lihat video ini: http://www.youtube.com/watch?v=5sKhV6mEMAM Walau bagaimanapun filem ini membongkar kebaikan jemaah TABLIGH yg selama ini amat disalah ertikan oleh masyarakat bahawa TABLIGH ini sebagai golongan ekstrimkan akhirat…golongan “tinggal dunia”…golongan “ajaran sesat” ..golongan “tinggalkan anak bini” dan lain-lain lagi tohmahan. Sedangkan maksud utama kebaikan dakwah itu selalu disalahertikan. Dengan gaya susunan Pierre Andre yang bijak menyelongkar suasana khuruj jemaah Tabligh ini amat membuka kefahaman masyarakat bahawa golongan Tabligh amat menitik beratkan kasih sayang, dan sunnah di dalam amalan dakwah mereka. Tidak pernah saya lihat mana-mana drama di TV seperti Drama, Filem dan sebagainya yang mengangkat darjat mereka-mereka yang berjubah, berserban, berdakwah…selain daripada dilabelkan mereka2 ini sbg fanatik agama (seperti di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir 1999)…tak bertanggungjawab terhadap keluarga (seperti Drama telemovie Ana Aisyah 1992) dan lain-lain. Di kala kemelut akhir zaman dimana golongan-golongan “imej sunnah” ini kadang-kadang juga dianggap “keras”,”menakutkan”, “pengganas” , “anti-sosial” , “fundamentalis” dan sebagainya; dengan adanya filem-filem seperti ini sedikit sebanyak mengimbangkan persepsi masyarakat terhadap amalan sunnah Nabi SAW itu sendiri dan golongan yg “kuat agama” ini sebenarnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Kenangan suka-duka yang cuba ditonjolkan di dalam filem ini amat menghiburkan dan ini sedikit sebanyak membuka minda ketat masyarakat kita terhadap golongan Dakwah Tabligh ini. Semoga imej mereka yang keluar berdakwah, berjubah berserban, dan kuat agama ini dipulihkan melalui media-media perantara yg seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.

    Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/kolum/ulasan-filem-ustaz-mu-tunggu-aku-datang/, Ditulis oleh Along Safa, Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2013

    ReplyDelete
  2. Saya rasa bukannya Ustaz Azhar Idrus tidak mahu diketengahkan, atau dilibatkan untuk dipenuhkan aksinya di dalam arahan Pierre Andre dalam filem ini dgn aliran skrip yg dicipta sendiri oleh Ustaz Azhar…akan tetapi syarat Ustaz adalah ketat dan mungkin menghadkan susunan perjalanan kisah ini..kerana ustaz Azhar Idrus hanya mahu di”shooting” hanya pada keadaan-keadaan tertentu mengikut kehendaknya…lihat video ini:

    http://www.youtube.com/watch?v=5sKhV6mEMAM

    Walau bagaimanapun filem ini membongkar kebaikan jemaah TABLIGH yg selama ini amat disalah ertikan oleh masyarakat bahawa TABLIGH ini sebagai golongan ekstrimkan akhirat…golongan “tinggal dunia”…golongan “ajaran sesat” ..golongan “tinggalkan anak bini” dan lain-lain lagi tohmahan. Sedangkan maksud utama kebaikan dakwah itu selalu disalahertikan. Dengan gaya susunan Pierre Andre yang bijak menyelongkar suasana khuruj jemaah Tabligh ini amat membuka kefahaman masyarakat bahawa golongan Tabligh amat menitik beratkan kasih sayang, dan sunnah di dalam amalan dakwah mereka.

    Tidak pernah saya lihat mana-mana filem di TV seperti Telemovie, Filem dan sebagainya yang mengangkat darjat mereka-mereka yang berjubah, berserban, berdakwah…selain daripada dilabelkan mereka2 ini sbg fanatik agama (seperti di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir 1999)…tak bertanggungjawab terhadap keluarga (seperti Drama telemovie Ana Aisyah 1992) dan lain-lain. Di kala kemelut akhir zaman dimana golongan-golongan “imej sunnah” ini kadang-kadang juga dianggap “keras”,”menakutkan”, “pengganas” , “anti-sosial” , “fundamentalis” dan sebagainya; dengan adanya filem-filem seperti ini sedikit sebanyak mengimbangkan persepsi masyarakat terhadap amalan sunnah Nabi SAW itu sendiri dan golongan yg “kuat agama” ini sebenarnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Kenangan suka-duka yang cuba ditonjolkan di dalam filem ini amat menghiburkan dan ini sedikit sebanyak membuka minda ketat masyarakat kita terhadap golongan Dakwah Tabligh ini. Semoga imej mereka yang keluar berdakwah, berjubah berserban, dan kuat agama ini dipulihkan melalui media-media perantara yg seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.

    Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/kolum/ulasan-filem-ustaz-mu-tunggu-aku-datang/, Ditulis oleh Along Safa, Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2013

    ReplyDelete