Aidil Zafuan Akui Tidak Bayar Sewa Rumah
Aidil Zafuan akhirnya mengaku tidak membayar rumah sewa berjumlah RM3,000 sebulan sejak beliau keluar dari rumah yang pernah diduduki bersama bekas isterinya Rita Rudaini.
Dalam sesi soal jawab bersama peguam Rita Rudaini, Aidil Zafuan berkata beliau sentiasa membayar dan memberi nafkah namun hanya tidak membayar sewa rumah selepas keluar dari rumah itu.
Aidil Zafuan juga nafi berbohong di mahkamah cum keterangannya tidak tepat sahaja.
Selain itu, Aidil masih lagi memberi nafkah perbelanjaan anak-anak dalam lingkungan RM 700 sebulan dan RM 500 untuk pakaian anak-anak.
Rita Rudaini kini berjuang untuk mendapatkan RM5,392 sebulan untuk anak mereka yang terdiri dari perbelanjaan makan minum, bayaran pengasuh dan pakaian serta lampin pakai buang. Mereka berdua mempunyai 2 anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin berumur 5 tahun dan Airit Qaqa Arjuna kini berusia 3 tahun.
Bagi Aidil Zafuan, tuntutan itu merupakan satu jumlah yang melampau dan mewah buat Rita Rudaini.
0 comments:
Post a Comment