Anak Mati Tertinggal Dalam Kereta
Lagi kes kecuaian ibu bapa apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof , ditemui maut apabila tertinggal di dalam kereta.
Kanak-kanak malang itu tertinggal di dalam kereta hampir 9 jam lamanya. Kesiannya..
Dikatakan, bapa mangsa telah menghantar isteri dan anak-anaknya ke destinasi masing-masing namun terlupa menghantar seorang anak kecil yang berusia 3 tahun ini.
Kanak-kanak ini ditemui di tempat duduk belakang pada jam 5.30 petang.
Ibu bapa mereka memaklumkan "Minta Maaf, kami terlupa..." Yang paling sedih sudah tentu ibu bapa mangsa yang berusia 41 dan 39 tahun ini. Semoga menjadi teladan buat semua ibu bapa agar lebih peka.
Punca kanak-kanak itu dikatakan maut adalah kerana Heat Stroke, kepanasan dan menyebabkan lemas kerana kesukaran untuk bernafas.
0 comments:
Post a Comment