20:53 0

Jalan Paling Berhantu Di Dunia



Jalan Paling Berhantu Di Dunia


Annie Road, New Jersey, Amerika Syarikat


Jalan ini merupakan antara jalan raya paling ditakuti dan famous di New Jersey. Jalan ini terletak di Totowa.

Jalan ini berhantu dan dikatakan diganggu oleh jelmaan seorang wanita yang memakai gaun bewarna putih. Jalan berhantu dinamakan sempena nama seorang wanita iaitu Annie yang mati dibunuh di jalan itu.

Sejarah


Kisahnya bermula pada tahun 1960an apabila Annie menunggu kekasihnya pada malam "Prom" di jalan itu. Kekasihnya lewat sejam untuk mengambilnya di situ. Stelah kekasihnya pick up Annie, mereka bergaduh di dalam kereta dan Annie mahu keluar dari kereta kekasihnya.

Annie keluar dan menutup pintu dengan kuat lantas berjalan pulang seorang diri di jalan itu. Tatkala berjalan seorang diri di jalan itu, Annie terserempak dengan beberapa pelayar mabuk yang mengurat Annie dan mengajaknya naik kereta.

Di dalam kereta, Annie diperkosa dan didera dengan teruk. Annie dibunuh kejam dan dicampak di jalan tersebut.

Hantu dan Kemalangan Maut


Beberapa pemandu ada ternampak jelmaan Annie yang berjalan di jalan tersebut dan hantu itu lebih kerap muncul pada hari kematiannya pada setiap tahun. Selain itu memang terdapat begitu banyak kemalangan maut di situ terutama di kawasan Annie di bunuh. Jalan Annie ini juga mempunyai beberapa selekoh tajam yang jika terleka sedikit boleh membawa padah.


Kes Bunuh dan Jenayah



Di jalan Annie ini terjadi satu kes jenayah yang popular iaitu The Hail Mary Murder. Kisahnya berlaku pada tahun 1994 apabila 6 sekawan datang ke Jalan Annie ini dan 5 orang sahabat yang obses dengan cerita hantu Annie ini memuja Annie untuk datang. Secara tiba-tiba seorang dari 5 orang yang memuja itu membunuh seorang rakan mereka yang tidak memuja itu. Mereka kemudian cuba menutup pembunuhan itu dengan membakar kereta. Namun pihak polis berjaya menangkap mereka.

Video Jalan ANNIE ROAD oleh sekumpulan kawan:




0 comments:

Post a Comment