08:53 0

Pembaca Berita Buletin Utama TV3 Dirompak



Pembaca Berita Buletin Utama TV3 Dirompak 


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون), Inilah frasanya yang umat Islam bacakan apabila seorang dilanda oleh malapetaka dalam hidup

Pembaca Berita Buletin Utama TV3, Azawate Zenol Abdin dan kelaurga telah Dirompak.

Azawate dan keluarga ketika itu baru sahaja ingin keluar dari rumah untuk menziarahi saudara di hospital. Oleh kerana ketika itu hujan , suaminya menghantar 2 orang anak ke dalam kereta terdahulu sebelum kembali untuk memayungi Azawate dan seorang lagi anak ke kereta.

Ketika itu dikatakan beliau didatangi lelaki Melayu memakai helmet dan meminta wang dari mereka. Suaminya menyerahkan dompet kepada penyamun itu namun pergelutan berlaku dan suami Azawate dipukul di belakang kepala.

Ketika itu Azawate menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan penyamun itu terus cabut lari dan jiran-jiran sekeliling keluar untuk lihat apa yang berlaku. Laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Damansara.

Memang bahaya sekarang ni. Pencuri semakin bertambah-tambah dan semakin berani pula tu. Takziah buat Azawate sekeluarga.


gambar dari Mazidulakmal



0 comments:

Post a Comment