23:59 0

Pengebumian Ariel Sharon Yang Kucar Kacir



Pengebumian Ariel Sharon Yang Kucar Kacir


Gempa Bumi Melanda Ketika Pengebumian Ariel Sharon

Beberapa hari Isnin lalu, bekas pemimpin Isrel selama 7 tahun, Ariel Sharon mati juga setelah koma. Ketika beliau hendak dikebumikan, satu gempa bumi telah melanda. Kawasan jajahan Israel bahagian utara telah dilanda gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Ketika para pemimpin dan kenamaan dunia termasuk Naib Presiden Amerika sedang memberi penghormatan terakhir kepada Ariel, masyarakat utara Galilee merasai gagaran pada waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Ariel Sharon popular setelah melakukan kekejaman di Lebanon kerana pembunuhan beramai-ramai di Beirut. Ada juga yang menggelarnya Penyembelih Beirut. Walaubagaimanapun Perdana Menteri yang kejam itu diserang angin ahmar dan mengalami pendarahan otak sehingga koma pada 2006.

Bom Meledak

Sementara itu dikatakan dua bedilan roket dilepaskan berhampiran kawasan pengebumian tersebut. Bedilan itu berlaku di Sderot dan disasarkan berhampiran sempadan Gaza. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan namun menyebabkan tentera berhati-hati.




0 comments:

Post a Comment