10:23 1

Punca Sepahtu Menang Perodua Alza


Punca Sepahtu Menang Perodua Alza


Semalam (10 Januari 2014) berlangsung pentas Maharaja Lawak Mega Minggu 9 di perkarangan One Utama, Damansara. Pentas kali ini juga bersempena perlancaran Perodua Alza dan pemenang minggu ini akan mendapat Perodua Alza.

Persembahan peserta semalam agak diganggu dengan sound sistem yang sedikit kurang memuaskan terutama penonton di rumah. Bunyi seperti berdengung sedikit, kurang jelas.

Rata-rata persembahan sederhana tetapi antara yang baik ialah Bocey, SYJ dan Sepahtu. Manakala persembahan paling lemah ialah Wala seterusnya peserta ini tersingkir.

Punca Sepahtu menang minggu ini sudah tentu kerana mempunyai fan base yang besar dan pengaruh Jep yang amat kuat. Sepahtu mendapat undian tertinggi semalam yang membolehkan mereka memenangi Perodua Alza.

Sepahtu juga membuat sedikit kelainan pada minggu ini apabila meletakkan Rahim berada paling lama di atas pentas. Jep pula membantu dengan punch line apabila masuk ke pentas dan Shuib sebagai feeder. Strategi in ternyata berjaya dan Rahim akhirnya dipilih sebagai man of the match dan kumpulan Sepahtu memenangi kereta Perodua Alza yang baru.



1 comments:

  1. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=272856

    Silakan click..

    ReplyDelete